Sabtu, 20 September 2014

CITA - CITAKU AKAUNTAN BERJAYA !

Hai! Nama saya Putri aimi syazana. Saya ingin berkongsi tentang cita -cita saya apabila dewasa nanti . Saya ingin menjadi akauntan yang berjaya.Saya ingin menjadi akauntan yang berjaya kerana pekerjaan itu menggunakan mata pelajaran yang diminati saya iaitu....Matematik! Persediaan saya untuk menjadi akauntan yang berjaya ialah menimba ilmu pengetahuan  daripada buku dan internet. Saya akan belajar        bersungguh -sungguh untuk mencapai cita - cita saya.


KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI ,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG ,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

BYE,BYE.. ASSALAMUALAIKUM

Isnin, 15 September 2014

PROJEK ZAMAN PRASEJARAH

Projek zaman prasejarah adalah projek yang perlu kami siapkan untuk matapelajaran sejarah.Saya dan rakan -rakan mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan projek ini. Kami mengumpul duit untuk membeli bahan bahan seperti pokok palsu,haiwan mainan,tanah liat dan span berwarna hijau sebagai rumput. Kami menggunakan daun kelapa kering untuk membuat rumah.Tanah liat pula digunakan untuk membuat gua dan orang manakala lidi pula digunakan untuk membuat alat alatan pada zaman dahulu.Pokok palsu pula kami gunakan untuk menghias suasana di sekitar gua.Kami berpuas hati walaupun projek itu tidak beberapa sempurna.