Hai! Nama saya Putri aimi syazana. Saya ingin berkongsi tentang cita -cita saya apabila dewasa nanti . Saya ingin menjadi akauntan yang berjaya.Saya ingin menjadi akauntan yang berjaya kerana pekerjaan itu menggunakan mata pelajaran yang diminati saya iaitu....Matematik! Persediaan saya untuk menjadi akauntan yang berjaya ialah menimba ilmu pengetahuan daripada buku dan internet. Saya akan belajar bersungguh -sungguh untuk mencapai cita - cita saya.
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI ,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG ,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.
BYE,BYE.. ASSALAMUALAIKUM
Sabtu, 20 September 2014
Isnin, 15 September 2014
PROJEK ZAMAN PRASEJARAH
Projek zaman prasejarah adalah projek yang perlu kami siapkan untuk matapelajaran sejarah.Saya dan rakan -rakan mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan projek ini. Kami mengumpul duit untuk membeli bahan bahan seperti pokok palsu,haiwan mainan,tanah liat dan span berwarna hijau sebagai rumput. Kami menggunakan daun kelapa kering untuk membuat rumah.Tanah liat pula digunakan untuk membuat gua dan orang manakala lidi pula digunakan untuk membuat alat alatan pada zaman dahulu.Pokok palsu pula kami gunakan untuk menghias suasana di sekitar gua.Kami berpuas hati walaupun projek itu tidak beberapa sempurna.
Ahad, 29 Jun 2014
Pertandingan Lompat Tali
Pada 28 Jun saya dan kawan-kawan telah menyertai pertandingan lompat tali sempena Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Perlis 2014 di IKBN Kuala Perlis. Dua pasukan telah mewakili SK pauh iaitu Cili Padi Jumpers dan Cheetah Skippers. Saya bersama ahli Cheetah Skippers telah menjadi Naib Johan pertandingan tersebut manakala Cili Padi Jumpers mendapat tempat ke empat.Yahooooo!!!!!
TQ cikgu-cikgu dan kawan-kawan
Sabtu, 21 Jun 2014
kenangan abadi
Sayang sangat dengan semua piala ni...Johan Pertandingan Bercerita dan Johan Action Song...seribu kenangan dan seribu kegembiraan tergambar bersama piala-piala tersebut. Antara pertandingan yang saya sertai ialah
- Pra Sekolah dedikasi - Pertandingan Bercerita ( Nelayan Dan Ikan Duyung)* Saguhati
- Tahun 1 - Pertandingan Bercerita Perpustakaan Negeri (Pak Tani menipu Harimau)* Saguhati
- Tahun 2 - Pertandingan Bercerita Prgkat Sekolah (Sang Kelembai Dan Batu Gajah)* Tmpat Ke 2
- Tahun 2 -Pertandingan Bercerita MTQ PKP Arau ( Kisah Nabi Nuh)* Saguhati
- Tahun 3 - Pertandingan Sajak Perpustakaan Negeri ( Mari Kita Membaca) * Saguhati
- Tahun 3 - Action Song Karnival Bahasa Inggeris PKP Arau * Johan
- Tahun 3 -Pertandingan Sajak Peringkat Sekolah * Tempat Ke 2
- Tahun 3 - Pertandingan Bercerita Karnival BM PKP Arau * Johan
- Tahun 3 - Pertandingan Bercerita Karnival BM Prkt Negeri * Johan
- Tahun 4 - Pertandingan Bercerita Karnival BM PKP Arau * Johan
Pertandingan bercerita
Alhamdulillah...
Syukur tak terhingga sebab hari ni aku menjadi Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2 PKP Arau....Terima Kasih Mama, Abah, Abang Long, Adik, Cikgu2 dan kawan2 TERUTAMA SEKALI Naili Sulha. Naili sudi teman aku dan menjadi penyokong aku...hang memang bestlah naili...Cerita yang bertajuk Cucu Tuk Dali telah membawa Tuah kepada aku..YEAY!!!!!!!
Syukur tak terhingga sebab hari ni aku menjadi Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2 PKP Arau....Terima Kasih Mama, Abah, Abang Long, Adik, Cikgu2 dan kawan2 TERUTAMA SEKALI Naili Sulha. Naili sudi teman aku dan menjadi penyokong aku...hang memang bestlah naili...Cerita yang bertajuk Cucu Tuk Dali telah membawa Tuah kepada aku..YEAY!!!!!!!
Selasa, 27 Mei 2014
projek kitar semula
ha...inilah memberi idea kepada saya dan beberapa orang rakan saya untuk projek doktor muda. kami berenam iaitu saya , Naili, Yasmin, Wan Ardini, Sharifah dan Maisarah membuat projek ini bersama-sama. hasilnya wow!!! tapi lupa nak snap gambar...
betullah orang kata apa yang penting....... kerjasama
Langgan:
Catatan (Atom)






