Ahad, 29 Jun 2014

Pertandingan Lompat Tali

Pada 28 Jun saya dan kawan-kawan telah menyertai pertandingan lompat tali sempena Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Perlis 2014 di IKBN Kuala Perlis. Dua pasukan telah mewakili SK pauh iaitu Cili Padi Jumpers dan Cheetah Skippers. Saya bersama ahli Cheetah Skippers telah menjadi Naib Johan pertandingan tersebut manakala Cili Padi Jumpers mendapat tempat ke empat.Yahooooo!!!!!

TQ cikgu-cikgu dan kawan-kawan

Sabtu, 21 Jun 2014

kenangan abadi



Sayang sangat dengan semua piala ni...Johan Pertandingan Bercerita dan Johan Action Song...seribu kenangan dan seribu kegembiraan tergambar bersama piala-piala tersebut. Antara pertandingan yang saya sertai ialah

  • Pra Sekolah dedikasi - Pertandingan Bercerita ( Nelayan Dan Ikan Duyung)* Saguhati
  • Tahun 1 - Pertandingan Bercerita Perpustakaan Negeri (Pak Tani menipu Harimau)* Saguhati
  • Tahun 2 - Pertandingan Bercerita Prgkat Sekolah (Sang Kelembai Dan Batu Gajah)* Tmpat Ke 2
  • Tahun 2 -Pertandingan Bercerita MTQ PKP Arau ( Kisah Nabi Nuh)* Saguhati
  • Tahun 3 - Pertandingan Sajak Perpustakaan Negeri ( Mari Kita Membaca) * Saguhati
  • Tahun 3 - Action Song Karnival Bahasa Inggeris PKP Arau * Johan
  • Tahun 3 -Pertandingan Sajak Peringkat Sekolah * Tempat Ke 2
  • Tahun 3 - Pertandingan Bercerita Karnival BM PKP Arau * Johan
  • Tahun 3 - Pertandingan Bercerita Karnival BM Prkt Negeri * Johan
  • Tahun 4 - Pertandingan Bercerita Karnival BM PKP Arau * Johan

Pertandingan bercerita

Alhamdulillah...
Syukur tak terhingga sebab hari ni aku menjadi Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2 PKP Arau....Terima Kasih Mama, Abah, Abang Long, Adik, Cikgu2 dan kawan2 TERUTAMA SEKALI Naili Sulha. Naili sudi teman aku dan menjadi penyokong aku...hang memang bestlah naili...Cerita yang bertajuk Cucu Tuk Dali telah membawa Tuah kepada aku..YEAY!!!!!!!